28.8 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Mei 22, 2026

FB

Ulasan: Wireless Keyboard Case untuk iPad

- Advertisement -

Ulasan ini adalah berkenaan Wireless Keyboard Case untuk Apple iPad yang dibuat oleh Dux Ducis.

Seperti yang umum tahu, selain daripada digunakan untuk berhibur, seperti menonton video dan menggunakan aplikasi, Apple iPad juga boleh digunakan untuk membuat kerja.

Penggunaan iPad itu tanpa papan kekunci adalah sedikit rumit, namun apabila disertakan dengan papan kekunci yang sesuai, Apple iPad boleh menjadi seumpama sebuah laptop yang bukan sahaja mudah dibawa, tetapi mudah digunakan.

Spesifikasi

Seperti kelazimannya, sebelum saya membuat sebarang ulasan, disertakan disini spesifikasi Wireless Keyboard Case untuk iPad.

  • Versi Bluetooth: 5.0
  • Jarak operasi: 10m
  • Voltan oparasi: 4.2V
  • Ketahanan bateri: 3 tahun
  • Ketahanan papan kekunci: 5 juta tekanan
  • Masa ‘standby’: > 100 hari
  • Tempoh mengecas: 3 jam
  • Jumlah masa penggunaan papan kekunci: 30 jam

Menghubungkan papan kekunci dengan iPad

Menghubungkan papan kekunci ini dengan iPad adalah amat mudah dengan menggunakan Bluetooth.

Ianya boleh dibuat dengan mengaktifkan papan kekunci dalam mod pengesanan, dan seterusnya menghubungkan kedua – dua Bluetooh dan keyboard.

Papan kekunci ini turut menggunakan magnet untuk membolehkan papan kekuncinya dihubungkan kepada bekas atau ‘casing’ yang dibekalkan.

Kelebihan Wireless Keyboard Case untuk iPad

Antara kelebihan bekas serta papan kekunci iPad ini adalah kadar respons papan kekuncinya apabila ianya digunakan.

Biarpun papan kekunci yang dibekalkan bukanlah papan kekunci rasmi dari Apple, kerja menaip dengan menggunakannya amat responsif dan baik.

Selain daripada itu, mouse pad yang dilengkapkan pada papan kekunci juga mempunyai kaedah penggunaan yang hampir sama seperti MacBook Air, sekaligus menjadikan iPad yang anda miliki seperti sebuah laptop atau Mac.

Dari segi binaan pula, saya merasakan binaan keseluruhan papan kekuncinya adalah bagus dan berkualiti, dangan kain seperti kain baldu digunakan untuk kemasan utama bekas iPad serta permukaan tepi kekunci mudah alih ini.

Kekuatan magnet bagi papan kekunci juga saya rasakan amat baik dan ianya terpasang dengan sendirinya apabila didekatkan dengan bekas utama.

Kedua – dua bekas iPad dan papan kekunci akan menambah sedikit berat kepada iPad apabila saya membawanya kemana – mana, namun bagi saya ianya tidaklah terlalu berat.

Malah, saya rasakan ianya lebih ringan berbanding MacBook Air M1 yang turut saya miliki.

Turut menarik bagi saya adalah rekaan badan bekas Apple iPad ini dimana bahagian penjuru bekas dikembangkan sedikit bagi memberi perlindungan kepada iPad sekiranya berlaku sebarang kejatuhan.

Akhir sekali, ketahanan bateri papan kekunci mudah alih ini juga agak baik dimana saya mampu menggunakannya selama lebih kurang seminggu sebelum perlu mengecasnya menggunakan kabel sambungan jenis USB-C.

Masalah Wireless Keyboard Case untuk iPad

Antara perkara yang saya kurang suka berkenaan papan kekunci ini adalah kedudukan lokasi meletak Apple Pen pada bekas iPad ini dimana ianya terletak di bahagian bawahan iPad yang tidak aktif untuk mengecas Apple Pen tersebut.

Ini menyebabkan Apple Pen akan kehilangan kuasa semasa ianya disimpan, dan sekaligus menyebabkan ianya tidak dapat digunakan jika ianya tidak dialih ke bahagian satu lagi.

Selain daripada itu, kaki (stand) yang digunakan untuk menahan bekas iPad itu juga tidak kuat dan hadir laporan ianya boleh tertanggal selepas beberapa ketika.

Harga dan tempat membeli

Wireless Keyboard Case DUX DUCIS untuk iPad ini berharga RM208 dan ianya boleh diperolehi dengan mudah di kedai – kedai online seperti Shopee dan Lazada.

Sesungguhnya terdapat banyak pilihan di papan kekunci dan untuk Apple iPad jika dicari, namun tidak semua memberikan kepuasan yang sama seperti yang yang dihasilkan DUX DUCIS ini.

Kesimpulan

Saya merasakan bekas kekunci tanpa wayar khas untuk Apple iPad ini adalah sesuatu yang amat berguna bagi mereka yang ingin memiliki sebuah komputer, tetapi juga mahukan sebuah MacBook pada harga mampu milik.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

2 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

Latest Articles

Bekas kekunci tanpa wayar khas untuk Apple iPad ini adalah sesuatu yang amat berguna bagi mereka yang ingin memiliki sebuah komputer, tetapi juga mahukan sebuah MacBook pada harga mampu milikUlasan: Wireless Keyboard Case untuk iPad
error: Content is protected !!