Penjelasan mengenai vaksin COVID-19 harus diberikan kepada remaja atau pelajar sekolah secara berterusan supaya mereka lebih prihatin tentang pencegahan penyakit dalam mengekang penularan wabak berkenaan terhadap golongan itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Wang Heng Suan berkata walaupun tiada undang-undang yang mewajibkan pelajar mengambil vaksin, namun kaunselor di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah perlu memainkan peranan memberi kesedaran dan kepentingan vaksinasi kepada pelajar.
“Suntikan vaksin amat penting untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19 sekali gus memastikan sistem pembelajaran berfungsi dengan baik. Pemberian vaksin kepada remaja merupakan jalan terbaik bagi mengekang penularan jangkitan itu dalam kalangan remaja.
“Ibu bapa harus memahami situasi pandemik ketika ini dan dapat memberikan kerjasama yang baik dengan mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan vaksin supaya ekosistem pendidikan Malaysia tidak terjejas,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Wang berkata pandemik COVID-19 merupakan satu cabaran kepada golongan pendidik dan pelajar dalam meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana wabak itu bukan sahaja melibatkan nyawa seorang pesakit, tetapi satu komuniti atau populasi.
BACA BERITA PENUH DI ASTRO AWANI
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.
Comments are closed.