25.5 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Januari 24, 2025

FB

NUTP tolak cadangan cuti penggal dibatalkan

- Advertisement -

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan agar semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dibatalkan.

Presidennya, Amiruddin Awang, berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu kekal dengan takwim persekolahan yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Yang membuat cadangan tersebut hanya melihat dari aspek murid. Kita perlu juga tengok dari aspek guru.

“Kalau mereka minta batalkan semua cuti penggal maksudnya guru-guru tidak bercuti sepanjang tahun ini.

“Sebab masa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tempoh hari guru bukannya bercuti, guru masih berkerja. Guru masih terikat dengan peraturan kerja,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Kenyataan Amiruddin tersebut bagi mengulas cadangan Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (Mimbar) yang memohon supaya semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan.

Menurut Yang Dipertuan Mimbar, Datin Seri Ismalina Ismail, ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal sebelum ini

Katanya, kebanyakan ibu bapa mengatakan cuti penggal persekolahan tahun ini kurang signifikan kerana guru dan pelajar sudah lama berada di rumah.

Sementara itu, Amiruddin berkata, apabila keputusan untuk membuka sesi persekolahan secara bersemuka dicapai maka serahkan kepercayaan kepada guru untuk menguruskan pelajaran yang tertinggal.

“Guru ada kemahiran dan terlatih. Tiada masalah bagi guru untuk baik pulih apa-apa yang tertangguh sebelum ini.

“Bagi ruang pada guru, jangan kita fikirkan dari sudut pandangan luar sahaja. Fikir juga dari pandangan guru. Guru tidak akan duduk diam. Guru mestinya mahu pelajar berjaya.

Tegas Amiruddin, semua pihak perlu yakin dengan takwim persekolahan yang dikeluarkan KPM bagi membolehkan guru merancang apa yang terbaik untuk anak didik mereka.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!