30.8 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Disember 6, 2024

FB

Pengarah JPN Sarawak kini diberi kuasa luluskan projek dibiayai Kerajaan Sarawak.

- Advertisement -

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak kini telah diberi kuasa untuk meluluskan projek yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Langkah tersebut adalah untuk memendekkan proses implimentasi projek di sekolah-sekolah di Sarawak.

Sebelum ini, semua projek, biarpun dibiayai oleh Kerajaan Sarawak, perlu mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya.

Selain daripada diberi kuasa meluluskan projek yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak, Pengarh JPN Sarawak juga boleh meluluskan projek yang mendapat persetujuan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), kelewatan mendapatkan kelulusan telah menyebabkan projek-projek yang di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan projek-projek kecil lain yang diluluskan oleh wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tempatan turut ditangguhkan.

Dalam pada itu, penurunan kuasa kepada Pengarah JPN Sarawak kini diharapkan akan mempercepatkan kelulusan dan implimentasi projek-projek di sekolah Sarawak.

Laporan Borneo Post pula memetik Menteri Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, sebagai berkata pemberian lebih kuasa kepada Pengarah JPN Sarawak adalah salah satu daripada langkah menuju ke arah autonomi pendidikan untuk Sarawak.

Selain itu, beliau turut berkata Sarawak kini juga sedang meminta lebih banyak dana untuk memperbaiki sekolah daif di Sarawak.

Dokumen menurunkan kuasa kepada Pengarah JPNS Datu Dr. Azhar Ahmad telah diserahkan oleh Ketua Setiausaha KPM Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd. Zawawi.

Dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), MEITD dilaporkan sebagai berkata bahawa penurunan kuasa kepada Pengarah JPN Sarawak oleh KPM dianggap sebagai langkah besar ke hadapan oleh KPM hasil daripada beberapa perbincangan antara MEITD dan KPM mengenai subjek Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khususnya Perenggan 17 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

1 COMMENT

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!