Mi Kolok dan jeruk Tuhau merupakan dua makanan dari Sabah dan Sarawak yang telah diwartakan sebagai makanan warisan Malaysia.
Pengistiharan tersebut dibuat dalam Pengisytiharan Objek Warisan 2024.
Menurut Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin berkata, makanan tersebut diwartakan sebagai objek warisan melalui kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 49(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].
Notis pengistiharan telah dikeluarkan pada 16 Februari 2024.
Senarai Makanan Warisan Malaysia
Di bawah adalah senarai makanan yang diwartakan sebagai Makanan Warisan Negara pada 2024.
- Makanan ruji
- Mi Kolok
- Burasak
- Nasi Ambeng
- Kuih muih
- Dodol Kukus Tahi Minyak
- Kuih Genggang/Kuih Lapis
- Kuih Karas
- Uthappam
- Makanan pembuka selera
- Sup
- Minuman
- Air Katira