34.4 C
Kuala Lumpur
Khamis, Julai 22, 2021

FB

Peralatan untuk PdPR bagi guru

Peralatan untuk Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) adalah satu keperluan asas kepada guru pada masa kini kerana ianya akan membantu memastikan PdPR yang dilaksanakan boleh dibuat dengan lebih berkesan dan cekap.

Secara amnya, apabila kita menybut PdPR, kita lebih terarah kepada pembelajaran dalam talian dengan menggunakan aplikasi seperti Google Meet, Zoom, mahupun WhatsApp atau Youtube.

Oleh sebab itu, di sini saya senaraikan peralatan yang perlu bagi membantu guru -guru bersedia melaksanakan PdPR dengan lebih baik dan effisyen.

Peralatan untuk PdPR bagi guru

1. Komputer riba (Laptop)

Komputer riba atau laptop merupakan asas melaksanakan sebarang PdPR.  Di sini komputer riba dilihat lebih sesuai untuk PdPR kerana ianya mempunyai kamera sekali untuk merakam video pengajaran apabila ianya dilaksanakan secara dalam talian.  Bagi saya, komputer seharusnya hadir dengan spesifikasi prosessor sekurang – kurangnya Intel i3 atau Ryzen 3, dan 8GB RAM bagi membolehkannya sesuai untuk proses PdPR.

2. Kamera web (Webcam)

Jika anda tidak mengunakan laptop untuk PdPR dan menggunakan komputer jenis desktop, maka anda perlu melengkapkan diri dengan sebuah kamera web atau webcam.  Tujuan webcam adalah untuk membolehkan anda mempunyai video atau visual diri anda apabila melakukan Google Meet atau melaksanakan sesi pengajaran.  Terdapat banyak jenis kamera digital diluar sana dengan pelbagai kualiti.  Sungguhpun demikian, dicadangkan anda membeli jenama Logitech kerana ianya tahan lama dan berkualiti.  Pembelian webcam jenis murah mungkin akan menghasilkan imej/video yang kurang jelas dan masalah di kemudian hari.

3. Lampu cincin (Ring light)

Ring light atau lampu cincin mungkin dianggap bukan satu keperluan untuk PdPR, namun jika anda mahukan muka anda kelihatan lebih terang dan kelihatan lebih jelas, ianya adalah sesuatu yang diperlukan.  Bukan itu sahaja, ring light membolehkan anda membuat rakaman dan pengajaran pada bila – bila masa (siang atau malam) kerana suasana rakaman anda akan sentiasa nampak terang.  Untuk Ring Light, adalah digalakkan anda membeli jenis yang lekap atau diskru pada meja bagi memastikan ianya tidak jatuh semasa anda menggunakannya. Ring light jenis besar juga lebih baik bagi membolehan pancaran cahaya lebih seragam pada muka anda.

4. Mikrofon/perakam suara

 

Kualiti audio semasa proses PdPR memainkan peranan penting dalam memastikan sesi tersebut berlangsung dengan baik. Mikrofon hadir dalam pelbagai jenis dan saiz. Secara lazimnya, mikrofon jenis lavalier adalah memadai untuk sesi PdPR mahupun membuat rakaman video.  Mikrofon jenis lavalier bukan sahaja kecil, tetapi ianya tidaklah terlalu mahal dan mudah disimpan.  Sungguhpun demikian, jika anda mencari mikrofon jenis lebih baik, anda boleh mempertimbangkan jenis yang mempunyai condensor kerana kualiti bunyi yang dihasilkan jauh lebih baik. Untuk mikrofon lavalier, saya mencadangkan jenama BOYA, dan untuk mikrofon jenis condensor, jenama Audio-Technica menjadi pilihan saya.

5. Drawing Monitor / Drawing Tablet

Guru – guru biasanya suka melakukan penerangan menggunakan papan putih/hitam kerana penerangan sebegini dilihat lebih mantap dan jelas. Akan tetapi, apabila melakukan PdPR, penggunaan papan putih seperti dalam kelas tidak bergitu efektif biarpun ianya dirakam kerana ianya badan guru boleh menghalang paparan papan tersebut semasa sesi PdPR berlangsung. Oleh itu, alternatif lainnya adalah Drawing Monitor (Drawing tablet).  Drawing Monitor membenarkan guru menulis pada skrin paparan mereka, sekaligus membantu proses pengajaran mereka.  Lakaran atau tulisan mereka juga dalam bentuk digital dan jelas. Jenama seperti XP-Pen adalah antara yang popular digunakan, namun jenama WACOM dan HUION juga tidak kurang hebat tetapi lebih murah.

6. Kain hijau

Pembelian kain hijau sememangnya bukanlah dalam senarai utama setiap guru apabila melakukan PdPR.  Sungguhpun demikian, kain hijau boleh digunakan untuk membuat ‘skrin hijau’ atau ‘green screen’ yang mana akan membantu dalam penukaran latar belakang semasa melakukan kelas secara online.  Ini sekaligus akan membantu memperkemaskan dan mencantikkan lagi persembahan PdPR yang dilaksanakan.  Jika mahukan latar belakang lebih baik dan berkualiti, belikan set ‘green screen’ yang sedia ada.

7. Tetikus Ergonomik (Ergonomic mouse)

Pelaksanaan PdPR di rumah memerlukan anda menggunakan satu tetikus yang berkualiti bagi memelihara kesihatan tangan serta jari anda.  Apabila menggunakan komputer terlalu lama, tangan dan jari boleh sakit, yakni menunjukkan ciri – ciri Carpal Tunnel Syndrome.  Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan tetikus (mouse) ergonomik mampu membantu.  Memang ianya kurang selesa apabila digunakan buat pertama kali, namun pada jangka masa panjang, ianya mampu mengelakkan sakit CTS yang berpunca daripada penggunaan tetikus tradtional yang mana menekan urat tangan.  Terdapat banyak jenama yang menjual tetikus ergonomik, namun pilihan saya adalah jenama Logitech kerana ianya tahan lama.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay Connected

246FansLike
64FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -