33.3 C
Kuala Lumpur
Khamis, Mei 30, 2024

FB

Perbandingan pakej 5G RAHMAH syarikat telekomunikasi

- Advertisement -

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pakej 5G RAHMAH baru-baru ini dan ini adalah perbandingan pakej 5G RAHMAH syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Secara umumnya, pakej 5G RAHMAH ini bertujuan membantu menyebarkan akses 5G ke seluruh lapisan masyarakat Malaysia, khususnya golongan yang kurang berpendapatan tinggi.

Dalam pada itu, pakej 5G RAHMAH ini akan membantu golongan susah, khususnya di kalangan B40 untuk turut sama menikmati kemudahan rangkaian 5G.

Pakej 5G RAHMAH ini ditawarkan bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2023.

Pakej 5G RAHMAH Celcom & Pakej 5G RAHMAH Digi

CelcomDigi menawarkan dua telefon pintar, yakni Samsung Galaxy A14 5G dan Honor 90 Lite 5G di dalam pelan 5G RAHMAH mereka. Telefon tersebut dijual pada harga istimewa RM119 dan RM239 jika anda melanggan kepada pakej RAHMAH ini.

Golongan B40 boleh mendapatkan rebat RM120 jika melanggan kepada pakej ini juga.

Pelan ini mempunyai komitmen bulanan sebanyak RM60 dengan 60GB data internet ditawarkan bersama.

Pengguna walaubagaimanapun akan terikat dengan kontrak 24 bulan.

Pakej 5G RAHMAH Maxis

Buat masa ini, pelan 5G RAHMAH Maxis belum lagi dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi tersebut.

Pakej 5G RAHMAH Umobile

Pakej 5G RAHMAH Umobile boleh dilanggan pada harga RM58/sebulan, dengan data internet 5G sebanyak 200GB.

Ianya juga menawarkan telefon pintar Samsung Galaxy A14 5G atau HONOR 90 Lite 5G sebagai pilihan kepada pengguna yang mahu melanggan pakej ini.

100,000 pelanggan pertama dari golongan B40 yang melanggan pakej ini akan mendapat subsidi RM120 yang boleh digunakan untuk membeli telefon pintar yang ditawarkan dalam pakej 5G RAHMAH Umobile.

Pakej 5G RAHMAH unifi

Pakej 5G RAHMAH Unifi menyaksikan syarikat telekomunikasi tersebut menawarkan Samsung Galaxy A14 5G kepada pelanggannya.

Pelan ini hadir pada komitnen RM60/sebulan untuk 60GB data internet, dengan 100,000 pemohon pertama dari golongan B40 diberi rebat RM120.

Pakej 5G RAHMAH Yes

Yes menawarkan pakej 5G RAHMAH paling murah melalui pakej Yes Power 35 RAHMAH dan Yes Infinite Basic RAHMAH Plan.

  1. Yes Power 35 RAHMAH
    • RM35/sebulan dengan kontrak dua tahun
    • 100GB 5G+4G data, panggilan tanpa had
    • Hadir dengan ZTE Blade A73, atau Vivo Y55+ 5G pada harga RM240, atau rebat RM120 bagi 100,000 pelanggan dari golongan B40.
  2. Yes Infinite Basic RAHMAH Plan
    • RM58/sebulan dengan kontrak dua tahun
    • Data 5G+4G tanpa had, 20GB data hotspot dan panggilan percuma.
    • Pilihan pelbagai jenis telefon pintar 5G dari jenama Samsung, Honor, OPPO, Redmi, Vivo dan ZTE.

Beli telefon pintar 5G

Rata-rata pakej 5G RAHMAH dalam Perbandingan pakej 5G RAHMAH syarikat telekomunikasi di atas hadir dengan kontrak dua tahun.

Jika anda tidak mahu terikat, anda boleh membeli mana- mana telefon pintar di atas melalui pautan dibawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!