31.8 C
Kuala Lumpur
Khamis, Mei 30, 2024

FB

PISMP diperluaskan kepada lepasan STPM, STAM dan Matrikulasi

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam minggu ini memaklumkan bahawa kementerian itu kini mengambil inisiatif memperluaskan pengambilan calon guru tajaannya bagi mengikuti latihan praperkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Program Matrikulasi kini boleh memohon ke program PISMP.

Perluasan pengambilan calon guru bagi latihan praperkhidmatan PISMP akan bermula mulai tahun ini.

Manurut KPM, perluasan pengambilan tersebut dapat memastikan calon terbaik dipilih bagi mengikuti program itu.

KPM juga menyatakan bahawa langkah tersebut adalah untuk menangani isu kekurangan guru.

Calon yang terpilih untuk PISMP akan dilatih di institut pendidikan guru dalam pelbagai bidang pengkhususan selama empat tahun.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!