31.8 C
Kuala Lumpur
Khamis, Mei 30, 2024

FB

Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan YBSTAR bagi 2024 kini dibuka

- Advertisement -

Dua Biasiswa untuk rakyat Sarawak, Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) bagi tahun 2024 kini dibuka untuk calon-calon yang berminat.

Tawaran permohonan bagi kedua-dua biasiswa tersebut dibuka mulai hari ini sehingga 4PM, 31 Mei 2024.

Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib 2024 adalah untuk kursus-kursus berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), manakalan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) adalah untuk kursus bukan STEM.

Ianya hanya terbuka kepada Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa, atau kedua-dua Ibubapa adalah Anak Kelahiran Sarawak) yang sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus yang diiktiraf, secara sepenuh masa.

Bagi program Ijazah, pemohon mesti sedang mengikuti pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di Dalam Negara, manakala bagi program pengajian Ijazah Lanjutan, pemohon perlu sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di Dalam Negara atau mana-mana 10 Institusi Pengajian Tinggi Terunggul di dunia (10 Institusi Terbaik Dunia).

Untuk maklumat lanjut, sila lihat hubungi Seksyen Biasiswa di talian 082-441686 atau emel ke **@ya************.my, atau layari pautan dibawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!