KUCHING – Syarikat Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Sarawak Skills Development Centre (Sarawak Skills) bagi pembangunan inisiatif sumber manusianya.
MoU tersebut telah ditandatangani ppada 3 Disember lepas dan ianya bertujuan memberikan kedua – dua pihak satu hubungan strategik dalam bidang penyelidikan serta pendidikan dan latihan, dengan kedua – dua syarikat menggunapakai kepakaran dan sumber yang mereka ada.
Menurut ketua pegawai eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa, kerjasama dengan Sarawak Skills akan membangunkan tenaga mahir tempatan dalam bidang pengangkutan yang diperlukan oleh projek Kuching Urban Transportation System (KUTS).
Kerjasama baharu ini juga merupakan inisiatif di bawah Young Talent Programme (YTP) yang aman merupakan satu inisiatif Pembangunan Sosial-Ekonomi (SEED) oleh Sarawak Metro.
YTP memberi peluang kepada golongan gradua belia untuk menyertai Sarawak Metro bagi memberi pendedahan kepada industri pengangkutan di Sarawak.
Sarawak Metro yang merupakan anak syarikat Sarawak Economic Development Corporation (SEDC).
Syarikat ini telah diberi tanggungjawab untuk memodenkan kemudahan pengangkutan awam di seluruh Sarawak dan ini akan sedang dilaksanakan secara berperingkat melalui projek KUTS yang akan menyaksikan Kuching dan Samarahan menjadi bahagian pertama memiliki sistem transit jenis ART. – PendidikanMalaysia.my
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.
Comments are closed.