24.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Sarawak tawar pendidikan percuma untuk pelajar bidang perubatan

- Advertisement -

Kerajaan Sarawak akan menawarkan pendidikan percuma pelajar yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

Menurut laporan TVS, tawaran pendidikan percuma dalam bidang tersebut terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang Sarawak.

TVS memetik Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni sebagai berkata pendidikan percuma bagi bidang perubatan berkenaan ditawarkan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Ini secara tidak langsung akan menambahkan bilangan pelatih doktor dari Sarawak dalam masa terdekat.

“Bagi mereka yang mendapat keputusan terbaik dan cemerlang serta mahu menjadi doktor saya nasihatkan mengambil peluang yang telah disediakan kerajaan,” kata Lukanisman.

Kerajaan Sarawak sebelum ini telah memberi jaminan akan memberikan pendidikan percuma kepada warga Sarawak yang cemerlang apabila mereka menyambung pelajaran dalam bidang – bidang terpilih, khususnya Sains, Teknologi , Kerjuruteraan dan Matematik (STEM).

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!