Artikel ini dibuat bagi memberi gambaran berkenaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ataui SSPA.
Anda boleh ke tajuk-tajuk utama artikel ini dengan memilih pautan dibawah.
Pengenalan
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam melihat kepada tiga teras utama yakni Pembangunan Organisasi, Pengurusan Bakat, dan Kemampanan Saraan.
Di bawah Pembangunan Organisasi, SSPA melihat ke arah Struktur Perkhidmatan dan Skim Perkhidmatan.
Di bawah Kemampanan Saraan, ianya menyentuh Struktur Gaji, Elaun dan Kemudahan, manakala teras Pengurusan Bakat memberi fokus kepada Pengurusan Pelantikan, Pengurusan Prestasi & Pengiktirafan, Pengurusan Kemajuan Kerjaya, Pengurusan Pemangkuan & Kenaikan Pangkat, dan Pengurusan Tatatertib & Penamatan.
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan dengan memberi fokus kepada pengurusan sumber manusia ke arah perkhidmatan awam yang moden.
Kajian ini juga memberi keutamaan kepada pendigitalan serta mengambil kira perubahan persekitaran merangkumi ekosistem baharu, peningkatan kemahiran pekerja (multitasking/ multiskilling) dan fleksibiliti dalam cara/lokasi bekerja.
Menurut statistik Kajian SSPA yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam, sebanyak 48,032 orang telah memberi 126,596 cadangan untuk Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Hasil daripada kajian telah digunakan untuk menghasilkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Pelaksanaan
Pada 16 Ogos 2024, Perdana Malaysia, Anwar Ibrahim, telah mengumumkan bahawa SSPA akan mula diperkenalkan bermula 1 Disember 2024.
Ianya melibatkan kenaikan gaji 7% dan 15% bagi penjawat awam mengikut gred, sekaligus menyaksikan kenaikan gaji sebanyak 16.8% hingga 42.7%, mengambil kira faedah berganda.
Menurut Anwar, kenaikan gaji di bawah SSPA ini akan dilaksanakan dalam dua fasa yakni 1 Disember 2024 untuk Fasa Pertama, dan 1 Januari 2026 bagi Fasa Kedua.
Artikel lengkp, serta kalkulator anggaran kenaikan gaji di bawah SSPA boleh dibaca DI SINI.