33.3 C
Kuala Lumpur
Khamis, Mei 30, 2024

FB

Shopee lancar Kempen Buku Seluruh Negara

- Advertisement -

Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara  Shopee telah melancarkan Kempen Buku bagi seluruh negara.

Dalam melancarkan kempen tersebut, Shopee telah melancarkan buku berjudul ‘Shopee Rai Lokal – Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ dimana ianya menyeru rakyat Malaysia membeli dari penjual e-dagang tempatan bagi memelihara warisan negara, memupuk bakat tempatan serta memacu ekonomi secara mampan dan berketerangkuman.

Buku ini adalah yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia dan orang awam boleh membacanya pada Hari Merdeka ini.

Shopee berazam memperkasakan rakyat untuk mengutamakan dan membeli produk buatan tempatan dari komuniti yang memerlukan.

Bagi meneruskan misinya membantu golongan memerlukan dengan teknologi, Shopee memperkasakan penjual tempatan dengan mengenalpasti dan mengetengahkan perniagaan mereka untuk akses lebih baik kepada penyelesaian pemasaran dan kempen hiperlokal.

Pada masa sama, Shopee turut menguruskan penjual untuk berjaya di platform berkenaan, membantu meningkatkan kemahiran menerusi kursus percuma di Shopee University serta memberi insentif untuk mencari lebih banyak peluang dalam dagang strim langsung.

Buku sebanyak 100 muka surat dan berwarna penuh ini boleh dimuat turun dari laman web Shopee dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Buku berkenaan adalah bahagian pertama kandungan siri episod yang memberi peluang kepada penjual tempatan untuk bersuara bagi berdepan halangan dalam talian.

Ia mengetengahkan penjual Shopee di setiap negeri dengan prestasi cemerlang dari segi populariti, kedai terbesar, produk hijau, pengeksport, strim langsung, dan juga perniagaan milik wanita.

Selain itu, buku ini juga mengandungi kisah dan testimonial penjual yang menggunakan kejayaan mereka untuk membantu komuniti setempat.

Shopee menggunakan kempen Shopee Rai Lokal dan kisah penjual bagi meningkatkan kesedaran berhubung cara membeli dari penjual kecil-kecilan dan bebas di kawasan kejiranan untuk memelihara industri tempatan, mengurangkan jejak karbon, meningkatkan tawaran berkepribadian serta memberi galakan kepada usahawan dan pelopor tempatan.

Buku ini juga sebagai panduan kepada pengguna untuk melindungi diri kerana menyelitkan ‘tips’ membeli-belah secara selamat, penerangan tentang Shopee Guarantee, mengenalpasti penjual bertanggungjawab dan Polisi Keaslian 100%.

Kisah penjual mengejar impian mereka dalam talian dan menonjolkan kemampuan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat membina komuniti turut ada dimuatkan di dalam buku ini.

Shopee menyasarkan untuk mengedarkan 15,000 salinan buku ini secara percuma kepada pengguna di setiap negeri menggunakan perkhidmatan SPX menjelang sambutan Hari Malaysia.

Buku ini juga boleh dimuat turun sekarang di laman di bawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

5 COMMENTS

  1. Hello there! Do you know if they make any plugins
    to assist with Search Engine Optimization? I’m trying to get my site to rank for some
    targeted keywords but I’m not seeing very good success. If
    you know of any please share. Kudos! You can read similar text here:
    Link Building

  2. Hey! Do you know if they make any plugins to
    help with Search Engine Optimization? I’m
    trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good
    gains. If you know of any please share. Cheers! You can read similar text here:
    Hitman.agency

  3. Wow, awesome weblog format!
    How long have you ever been running a blog for? you made blogging glance easy.
    The full look of your site is great, let alone the content material!
    You can read similar here prev next and it’s was wrote by Amy97.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!