30.5 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Januari 17, 2025

FB

KPM tawar tempat jadi sukarelawan Pengawas peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka peluang kepada orang awam untuk menjadi sukarelawan Pengawas peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Peluang menjadi sukarelawan pengawas peperiksaan bagi SPM 2023 ini dibuat sejajar dengan hajat KPM mengurangkan beban guru dalam menjada peperiksaan awam.

Ianya termasuk dalam tujuh langkah dalam sepuluh inisiatif yang digariskan Menteri Pendidikan untuk menjaga kebajikan guru di bawah KPM.

Kategori pemohon dan sukarelawan

Terdapat lima kategori pemohon untuk menjadi pengawas peperiksaan SPM.

Kategori tersebut adalah seperti di bawah:

  1. Pesara kerajaan (skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
  2. Pelajar institut pengajian tinggi awam/swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG), lepasan asasi/matrikulasi
  3. Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri/sekolah swasta/Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
  4. Anggora Kumpulan Pelaksana/Pekerja Kontrak Kerajaan
  5. Kakitangan bukan kerajaan/pesara kerajaan/pesara swasta

Syarat Pengawas peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia

Untuk menjadi pengawas peperiksaan SPM, seseorang itu mestilah seorang warganegara Malaysia berumur di antara 18 – 65 tahun.

Calon seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan Malaysia.

Calon juga harus bebas dari segala rekod jenayah dan tindakan mahkamah serta mempunyai pengangkutan sendiri.

Selain itu, KPM juga menetapkan calon dari kategori pesara dan pelajar haruslah dalam tempoh cuti semester semasa peperiksaan SPM sedang berlangsung.

Bayaran elaun pengawas SPM

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KPM, dasar pengambilan pengawas SPM pada 2023 adalah secara sukarela.

Sehubungan dengan itu, bayaran adalah berpandukan bilangan hari bertugas dan mengikut kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam.

Mohon menjadi pengawas SPM 2023

Jika anda berminat menjadi pengawas peperiksaan SPM dan anda memenuhi syarat yang dikenakan, anda boleh membuat permohonan secara terus dengan mengisi borang dibawah.

Permohoanan dibuka dari 12 September hingga 31 Oktober 2023.

Calon yang disenarai pendek akan dipanggil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terdekat untuk sesi temuduga.

Pemohon yang tidak menerima maklum balas selepas sebulan iklan permohonanan disiarkan dianggap tidak berjaya.

Soalan dan penerangan lanjut

Jika anda mempunyai soalan yang tidak diterangkan di sini, anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau emel kepada Lembaga Peperiksaan di khidmatbantu.lp@moe.gov.my.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

5 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!