26.1 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Disember 2, 2023

FB

Guru guna pelajar untuk kandungan media sosial dipantau

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bertindak tegas terhadap isu guru yang menggunakan pelajar sekolah di dalam kandungan media sosial.

Perkara tersebut dijelaskan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mana menyatakan bahawa satu garis panduan telah dikeluarkan bagi memastikan perlindungan diberi kepada pelajar.

Beliau juga menyatakan bahawa guru merupakan teladan kepada masyarakat dan rakyat Malaysia adalah refleksi kepada gurunya.

Isu guru menggunakan pelajar sebagai kandungan media sosial mendapat perhatian masyarakat susulan tindakan sesetengah guru yang memuat naik kandungan yang mengandungi pelajar tanpa kebenaran sejak kebelakangan ini.

Selain itu, terdapat juga guru yang didapati melakukan siaran langsung kelas mereka melalui TikTok semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!