Telefon pintar HONOR 90 Lite yang dijual pada harga RM1,099, kini boleh dimiliki pada harga RM200 sahaja apabila seseorang melanggan Pakej 5G Rahmah dari syarikat telekomunikasi terpilih.
Menurut kenyataan dari pihak HONOR sendiri, pemilikan telefon pintar tersebut pada kadar tersebut adalah terbuka untuk semua rakyat Malaysia, yang mana Pakej 5G Rahmah merupakan inisiatif kerajaan dalam menawarkan pakej perkhidmatan internet mampu milik, termasuk pelan data 5G sebanyak 60GB.
Dalam pada itu, 90 Lite antara salah satu pilihan telefon pintar yang ditawarkan, dan anda boleh memilikinya dengan kadar bayaran serendah RM 58 sebulan.
Butiran penuh pilihan pakej pelan yang ditawarkan seperti di bawah.
Kelebihan HONOR 90 Lite
Antara kelebihan utama telefon pintar 90 Lite ini adalah kameranya yang mempunyai 100MP, paparan keselesaan mata yang disahkan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan ‘Flicker-Free’, serta Paparan Malam Sirkadia dan saiz memori sebesar 13GB RAM dan 256GB storan simpanan.
Selain daripada itu, HONOR 90 Lite juga hanya senipis 7.48mm dan mempunyai berat 179g dengan bateri yang boleh bertahan selama 20.5 jam jika digunakan untuk menonton video.
Untuk maklumat berkenaan kedua-dua Pakej 5G Rahmah serta telefon pintar HONOR 90 5G, anda boleh pergi ke pautan di bawah.