Honor Watch GS3 merupakan sebuah jam tangan pintar yang dikeluarkan oleh Honor.
Saya diberi kesempatan oleh Honor Malaysia beberapa minggu lemas untuk menguji jam serba canggih ini, dan ini merupakan ulasan hasıl pengujian tersebut.
Spesfikasi
Spesifikasi asas jam tangan pintar ini adalah superti di bawah.
- Saiz skrin: 1.43-inch, Skrin AMOLED berwarna dengan resolusi 466 x 466 piksel, 326 PPI
- Ketahanan: 5ATM
- Bilangan mod sukan: 100
- Storan: 4GB ROM
- Bilangan rekaan muka jam:
- Ciri khas: Mempunyai mirofon, pembesar suara, GPS dan Bluetooth
- Bateri: 451mAh
Reka bentuk
Dari segi reka bentuk, jam Honor Watch GS3 ini tidak jauh bezanya daripada kebanyakan jam pintar yang ada dijual di pasaran.
Ianya mempunyai berat 44g dan dibuat menggunakan besi dan plastik. Tali yang dibekalkan mempunyai lapisan kulit dengan silikon lembut di bahagian bawahnya.
Pada pengamatan saya, ianya kelihatan cukup premium, menarik dan pasti mudah untuk digayakan oleh sesiapa sahaja. Biarpun demikian, saya merasakan ianya lebih sesuai untuk lelaki memandangkan saiznya skrinnya yang agar besar.
Kebolehgunaan
Dari semi kegunaan, fungsi kursus senaman yang dimiliki Watch GS 3 ini sesuatu yang saya amat sukakan.
Ia mempunyai perlbagai kursus senaman khas untuk pelbagai aktiviti senaman yang mana fokus kapada bahagian badan yang saya mahu kecilkan (kuruskan).
Selain daripada itu, rekod aktiviti senaman juga direkod dengan baik dengan jam pintar ini memberikan maklumat lisan setiap kali saya mencapai sesuatu tahap tertentu. Fungsi ini saya dapati berguna kerana ianya membolehkan saya mengathui setakat mana jarak ataupun senaman yang telah saya laksanakan.
Terdapat lebih 100 mod senaman yang boles dipilih dan jarak serta laluan untuk aktiviti senaman boleh dikesan melalui GPS Watch GS3 ini.
Jam pintar ini dilengkapi dengan fungsi pengukuran degupan jantung, SpO2 (oksigen), stress, dan tidur.
Honor menyatakan bahawa ketepatan pengukuran degupan jantung adalah sehingga 97%.
Selain itu, jam pintar ini turut dilengkapi pembesar suara dan mikrofon, dan ianya boleh dihubungkan dengan telefon pintar Android seperti Honor X9 secara Bluetooth.
Ini membolehkan saya menerima dan menjawab panggilan telefon jika perlu dan storan 4GB yang ada di dalam telefon ini membolehkan saya menyimpan beberapa lagu juga.
Jika diselarikan dengan Honor Earbuds 3 Pro, qualiti bunyi yang terhasil adalah amat baik dan memuaskan.
Satu kekangan Watch GS3 adalah kegagalan ianya untuk disetarakan (sync) dengan telefon iPhone, sekaligus menghadkan penggunaannya kepada pengguna Android.
Ketahanan bateri
Jika digunakan dengan tetapan biasa, bateri Honor Watch GS3 ini boleh bertahan sehingga 14 harı.
Sungguhpun demikian, jika anda mengaktifkan semua fungsi pengesanan kesihatan yang ada ditawarkan, jam ini hanya boleh bertahan selama 4 hari.
Kebolehan jam pintar ini dicas penuh dalam masa 10 minit untuk sehari penggunaan juga adalah satu ciri yang saya sukakan kerana saya tidak perlu risau jam ini kehabisan tenaga.
Kesimpulan ulasan Honor Watch GS3
Sejujurnya saya merasakan Watch GS3 ini adalah antara yang terbaik pernah saya cuba.
Mod Kursus Senaman Khas yang ianya miliki amat saya sukai, dan ketahanan bateri serta kecepatan mengecas jam ini merupakan antara ciri yang saya amat suka.
Sungguhpun demikian, kegagalan telefon ini digunakan dan diselarikan dengan iPhone adalah satu kekangan yang agak mengecewakan dan saya harap akan diperbaiki oleh Honor pada masa hadapan.
Tempat boleh dibeli
Watch GS3 ini dijual pada harta RM899 di pasaran Malaysia.
Untuk membeli Honor Watch GS3 ini, anda boleh ke laman – laman dibawah, yang mana seringkali menawarkan promosi untuk jam jenama Honor ini.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.
Comments are closed.